SIDANG KEMUNCAK WANITA ISALM ANTARABANSGA (WORLD ISLAMIC WOMEN SUMMIT AND EXHIBITION)

Wanita Islam memainkan peranan yang penting dalam membantu pembangunan dan kemajuan sesbuah negara. Peranan wanita Islam dalam mengembeling tenaga bersama-sama kaum lelaki untuk membangunkan negara semakin terserlah. Justeru, JAKIM melalui Penal Isu Semasa Wanita Islam (PISWI) telah bekerjasama dengan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Kementerian Pembangunan Wanita, keluarga dan Masyarakat (KPWKM), Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) dan World Islamic Forum (WIF) telah menganjurkan Sidang Kemuncak Wanita Islam Antarabangsa Kali Pertama (1st World Muslim Women Summit and Exhibition) WISE 2016 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) pada 23 – 25 September 2016.

Opening WISE

Opening WISE3

Pelancaran Biasiswa OIC Malaysia

Penganjuran sidang kemuncak ini merupakan program rintis yang menghimpunkan wanita-wanita Islam seluruh dunia terutama dalam kalangan wanita-wanita Islam di negara yang menghadapai konflik bersenjata bagi membincangkan isu hak asasi dan peranan wanita dalam aspek pembangunan dan penyumbang kepada kedamaian dan kesejahteraan negara

Opening WISE2.

YB Mejar Jeneral Dato’ Seri Jamil Khir bin Haji Baharom, Menteri di Jabatan Perdana Menteri telah mewakili YAB Dato’ Seri Mohd Najib bin Razak, Perdana Menteri Malaysia bagi merasmikan sidang kemuncak tersebut. Turut hadir menyampaikan ucapan dalam majlis perasmian tersebut ialah Deputy Minister Of Cultural and Family Affair Negara Turki, HE Mehmet Ersoy dan Director General of Cultural, Social and Family Affair OIC, HE Mehla Ahmed Talebna mewakili Secretary General OIC Tan Sri Dr. Iyad Madani. Pada Majlis tersebut, turut dilancarkan Biasiswa OIC-Malaysia kepada pelajar wanita daripada negara-negara Islam OIC yang menghadapi konflik bersenjata.

Turut sama menyertai sidang kemuncak ini ialah Amb. Ilham Ibrahim Mohammed Ahmed, Vice-Chaiperson of Independent Permanent Human Right Commission (IPHRC), OIC bersama wakil-wakil IPHRC Dr. Siti Ruhaini Dzuhayatin, Mrs. Asila Wardak dan Amb. Mostafa Alaei dan Prof. Datin Dr. Raihanah binti Abdullah.

Program selama tiga hari ini turut diserikan dengan keberangkatan Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah ke Majlis Makan Malam di Dewan Merdeka. Pada majlis tersebut, baginda turut berkenan menyampaikan beberapa anugerah kepada penerima-penerima yang memberi sumbangan dalam aspek pembangunan keamanan negara.

Dinner WISE

Dinner WISE2

Tetamu Gala Dinner Bersama SPBRPA Tuanku Hajah Haminah

Sepanjang tiga hari sidang kemuncak ini, pelbgai program turut diadakan dengan kerjasama erat daripada beberapa agensi. Antara program yang diadakan ialah Persidangan Women and Peacebuilding, Forum World Women NGOs Meet, Seminar #tilljannah, World Women Quran Hour, Festival Kebudayaan Wanita Islam serta pameran kebudayaan antarabangsa. Program ini turut disertai ramai pembentang daripada negara-negara OIC seperti Nigeria, Iran, Afghanistan, Bangladesh, Myanmar dan Turki.

Majlis Penutupan sidang kemuncak ini telah dirasmikan oleh YB Dato’ Sri Rohani binti Abdul Karim, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) pada 25 September 2016. Dalam majlis perasmian penutupan tersebut, turut diadakan sesi penyampaian Kuala Lumpur Deklerasi yang menyaksikan pengisytiharan 9 Zulhijjah sebagai Hari Wanita Islam Sedunia oleh YB Dato’ Sri Rohani binti Abdul Karim. Majlis diakhiri dengan sesi penyerahan penganjuran World Muslim Women Summit and Exhibition (WISE) kepada Turki sebagai penganjur untuk tahun 2017.