DISKUSI MEJA BULAT:ISU WANITA MUALAF

Wanita Mualaf merupakan sebahagian daripada kumpulan wanita Islam yang perlu diberi perhatian sejajar dengan prinsip Islam itu sendiri sebagai agama rahmat untuk seluruh umat manusia. Rentetan daripada beberapa isu semasa yang berlaku dalam kalangan wanita mualaf di Malaysia, Jawatankuasa Pemikir Dasar Panel Isu-isu Semasa Wanita Islam (PISWI) bersama dengan Bahagian Dakwah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telah mengadakan satu Diskusi Meja Bulat: Isu Wanita Mualaf pada 18 April 2017 bertempat  di Bilik Mesyuarat Aras 8, Blok A Kompleks Islam Putrajaya.

RTD Mualaf 1

Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan Insan) YBhg. Tuan Haji Paimuzi bin Yahya sedang menyampaikan ucapan aluan dan seterusnya merasmikan program.

 

RTD Mualaf 3

Diskusi ini dihadiri oleh ahli PISWI, wakil-wakil Jabatan Agama Islam Negeri, wakil-wakil Majlis Agama Islam Negeri serta Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGOs) yang menguruskan saudara baru.

RTD MUalaf 2

Presiden Persatuan Peguam Muslim Malaysia (PPMM) YBhg. Datuk Haji Zainul Rijal bin Abu Bakar, merangkap ahli PISWI membentangkan tentang Wanita Mualaf dan Perundangan Islam.

RTD Mualaf 4

Ahli-ahli diskusi yang hadir.

RTD Mualaf 5

 

Diskusi pada sebelah petang telah dipengerusikan oleh YBhg. Prof. Dr. Taufiq Yap Yun Hin, Presiden MACMA. Menerusi diskusi tersebut beberapa resolusi telah diperolehi dan akan diteliti oleh ahli Jawatankuasa Pemikir PISWI sebelum diserhkan kepada Bahagian Dakwah Jakim untuk tindakan berikutnya.