Bengkel Jawatankuasa Pemikir Undang-undang

Selangor – 12 – 13 Disember 2013, bertempat di Hotel Grand Bluewave, Shah Alam, Selangor telah diadakan Bengkel Jawatankuasa Pemikir Undang-Undang, Penel Isu-Isu Semasa Wanita Islam (PISWI) yang dipengerusikan oleh Dato’ Haji Mahamad Naser bin Disa.

Bengkel ini merupakan tindakan susulan kepada Mesyuarat Jawatankuasa Pemikir Undang-Undang Mengenai Pelaksanaan Cadangan Program Menangani Isu-Isu Semasa Wanita Islam yang telah diadakan pada 10 Oktober 2013 di Bilik Mesyuarat, Pejabat Penasihat Undang-Undang Jakim yang telah dipengerusikan oleh Tuan Mohd Hamzah bin Ismail, Penasihat Undang-Undang Jakim dan dihadiri oleh ahli Jawatankuasa Pemikir Undang-Undang PISWI serta pegawai-pegawai di Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).

Antara resolusi yang telah diputuskan adalah Jawatankuasa ini pada mesyuarat yang diadakan pada 10 Oktober 2013 ialah menjalankan:

  1. Kajian untuk mewujudkan pemudahcara bagi perempuan yang dimadukan dan berkahwin dengan pemuda di luar negara dan ditinggalkan.
  2. Kajian bagaimana untuk membantu isteri yang kematian suami atau bercerai di mahkamah untuk mendapatkan nafkah diri dan anak-anak daripada pihak keluarga bekas suami.

Justeru, bengkel ini diadakan bagi membincangkan secara terperinci mengenai pelaksanaan kajian tersebut.

piswi Bengkel Jawatankuasa Pemikir Undang undang
Bengkel Jawatankuasa Pemikir Undang-undang pada 12-13 Disember 2013 di Hotel Grand Bluewave, Shah Alam, Selangor.