PISWI Menjana Ilmu di SalamFM

piswi PISWI Menjana Ilmu di SalamFM
Rakaman Kapsul Ramadhan dan Syawal di Radio Salam.fm pada 06 Julai 2015

Kuala Lumpur - 6 Julai 2015, JAKIM melalui Sekretariat Panel Isu-isu Semasa Wanita Islam (PISWI), Bahagian Pembangunan Keluarga, Sosial dan Komuniti telah mengambil inisiatif membuat rakaman kapsul untuk disiarkan melalui Radio Salamfm. (Radio JAKIM) di Stesen Radio, Angkasapuri RTM, Kuala Lumpur.

Topik yang dijadikan kapsul ialah berkenaan bulan Ramadhan dan isu-isu semasa berkaitan wanita dan keluarga. Seramai 6 orang pegawai dari Bahagian Pembangunan Keluarga, Sosial dan Komuniti yang diketuai oleh Ustazah Sabariah binti Salleh selaku Ketua Penolong Pengarah, Cawangan Dasar Keluarga, Sosial dan Hal Ehwal Wanita Islam turut menyumbang idea dan suara dalam rakaman kapsul tersebut.  

Tujuan penyiaran kapsul ini ialah untuk memberi informasi dan pengisian ilmu kepada masyarakat dan seterusnya dapat mendidik mereka supaya lebih berfikiran positif untuk mendepani apa jua cabaran dalam kehidupan. Kapsul ini akan disiarkan secara berterusan sepanjang bulan Ramadhan 1436H.  

Rakaman kapsul ini akan diteruskan oleh Ahli-ahli Panel Pemikir PISWI yang dilantik oleh JAKIM dengan topik yang pelbagai mengikut kepakaran masing-masing. Semoga usaha dakwah kita untuk menangani pelbagai isu dan masalah dalam masyarakat Islam khususnya akan sentiasa mendapat rahmat daripada Allah SWT.