PISWI Cakna Isu Wanita

Ampang – 27-29 November 2014 (Khamis - Sabtu), telah berlangsung Bengkel Pembangunan Pelan Tindakan Wanita Islam (PTPWI) yang diadakan di Hotel De Palma, Ampang. Bengkel siri pertama ini dilihat telah mencapai objektif yang ditetapkan iaitu bagi merangka dan membangunkan draf Pelan Tindakan Pembangunan Wanita Islam Negara yang berlandaskan syariat Islam dalam merealisasikan Dasar Wanita Islam yang telah dibangunkan.

Selain itu, bengkel ini juga bertujuan merancang strategi untuk meningkatkan kesedaran berkaitan hak-hak dan tanggungjawab wanita dalam kerangka Islam dan akhirnya pelan tindakan yang akan dihasilkan ini dapat memberi panduan kepada pembuat dasar dan pihak-pihak yang terlibat dalam menangani isu-isu berkaitan wanita Islam dan memikirkan mekanisme pelaksanaan yang efektif bagi mencapai objektif penubuhan PISWI yang telah ditetapkan.