Fatwa Kosmetik Botok

Keputusan:

Satu kertas kerja berkaitan dengan perkara ini telah dibentang dan dibahaskan dengan teliti oleh Ahli Jawatankuasa Fatwa Negeri Johor pada 18 Muharram 1428 Hijriah bersamaan 6 Februari 2007 Miladiah. Setelah dilihat dengan penuh penelitian daripada setiap sudut dan aspek, maka Jawatankuasa Fatwa Negeri Johor telah mengambil keputusan seperti berikut:

Alhamdulillah fatwanya adalah seperti berikut:

Penggunaan suntikan botulinum toxin type A atau botox untuk tujuan kosmetik adalah HARAM jika:

  • Kandungan botulinum toxin type A. Tersebut dihasilkan daripada sumber-sumber yang haram / meragukan dari segi syarak atau yang boleh membawa kemudaratan kepada manusia; dan
  • Suntikan yang dilakukan bagi mendapat kecantikan semata-mata atau bagi tujuan penipuan ( gharar ) juga tidak diharuskan. Walaubagaimanapun, suntikan botulinm toxin type A atau botox untuk tujuan perubatan, dengan syarat ia dilakukan oleh pakar yang bertauliah adalah diharuskan mangikut kadar keperluan.
     والله اعلم بالصواب

Status Pewartaan:

-