Wanita menjadi ketua sektor awam

Tarikh Keputusan:

11 Nov, 1989

Huraian Tajuk/Isu:

Keputusan:

Wanita tidak boleh dilantik sebagai hakim diatas ijma" imam yang empat (Syafie, Malik, Hanafi dan Hanbali). Demikian juga mereka tidak boleh dilantik atau diserah kepadanya kuasa yang am (ولاية عامة ) iaitu kekuasaan didalam berbagai bidang dengan tidak terhad atau tiada terbatas pada bidang-bidang yang tertentu saperti memegang sebuah kementerian, menjadi Kepala Daerah saperti Pegawai Tadbir Agama Daerah atau Pegawai Daerah yang dilantik oleh Sultan untuk mentadbir sesebuah daerah bagi pihaknya.

Keterangan/Hujah:

Tiada halangan bagi wanita bekerja mencari nafkah jika keadaan memerlukan kepada tenaga mereka atau mereka memerlukan kepada pekerjaan untuk menampong hidup dengan syarat menutup auratnya , menjaga perenggan pergaulan denganlelaki yang ajnabi , terpelihara dari fitnah dan mendapat keizinan suami jika ia seorang isteri. 
Ini tidak termasuk dalam bidang kehakiman samada syarie atau tidak

Status Penwartaan: 

Tidak Diwartakan

Nombor Rujukan: 

HF1988-89 Kertas No. 12/89

Negeri:

Kedah