Hukum Menggunakan Kaedah Khidmat Ibu Tumpang Untuk Mendapatkan Zuriat

Keputusan:

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-80 yang bersidang pada 1 - 3 Februari 2008 telah membincangkan Hukum Menggunakan Kaedah Khidmat Ibu Tumpang (Surrogate Motherhood) Untuk Mendapatkan Zuriat. Muzakarah telah memutuskan bahawa menggunakan kaedah khidmat ibu tumpang untuk mendapatkan zuriat adalah diharamkan oleh Islam walaupun sperma dan ovum adalah diambil daripada suami isteri yang sah kerana ia akan menyebabkan berlakunya kekeliruan nasab anak yang akan dilahirkan.

Status Pewartaan:

Tidak berkaitan