Hukum Wanita Menyerupai Lelaki (Pengkid) - Sarawak

Keputusan:

Mesyuarat memutuskan bahawa pengkid, iaitu wanita yang berpenampilan dan mempunyai gerak laku serta naluri seksual seperti lelaki adalah haram di sisi Islam. Ibu bapa dan masyarakat Islam juga digesa supaya memberi perhatian serius terhadap gejala ini serta menekankan pendidikan dan tunjuk ajar yang sebaik-baiknya kepada anak-anak gadis khususnya dalam aspek berpakaian, perlakuan dan penampilan supaya gejala seumpama ini dapat dielakkan kerana ia adalah berlawanan dengan fitrah dan sunnatullah."

Status Penwartaan: 

Tidak Diwartakan

Nombor Rujukan: 

KERTAS MESYUARAT 3

Negeri: 

Sarawak