Hukum Berjabat Tangan Dengan Wanita Ajnabi

Keputusan:

Mesyuarat Jemaah Ulama’ Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan yang bersidang pada 6 Jan 2008 telah membincangkan hukum berjabat tangan dengan wanita ajnabi. Mesyuarat telah membuat keputusan sebagaimana berikut:

Isu hukum berjabat tangan antara lelaki dengan wanita ajnabi ini termasuk perkara khilafiah yang furu" dan ia bukan merupakan perkara usul. Oleh itu, mesyuarat mengambil keputusan untuk tidak mengeluarkan fatwa berkaitan dengan isu ini dan isu-isu khilafiah furu" yang lain selagi keadaan tidak memerlukan dan ia tidak menjejaskan kepentingan awam.


Status Penwartaan: 

Tidak Diwartakan

Negeri: 

Kelantan