Ajaran Zamre Bin Ab. Wahab

Keputusan:

Ajaran Zamre bin Ab. Wahab adalah menyeleweng daripada ajaran Islam yang sebenar. Ini adalah kerana ajaran tersebut didapati:

  1. mendakwa boleh menunaikan Haji hanya dengan mengerjakannya di Sungai Congkak, Hulu Langat
  2. mendakwa dirinya sebagai Rasulullah;
  3. 
menukar nama pengikutnya dengan nama sahabat-sahabat bagi lelaki dan dengan nama isteri-isteri Nabi bagi pengikut wanita; dan

  4. mengamalkan nikah batin dengan 6 orang termasuk pelajar dan seorang pegawainya.

Oleh yang demikian, umat Islam dilarang mengamalkan ajaran itu.

Status Penwartaan: 

Diwartakan

Tarikh Diwartakan: 

29 May, 2003

Nombor Rujukan: 

PMM/0020 Jld.5 (16)

Akta/Enakmen: 

M.P.U. 12

Negeri:

Melaka