Hukum Suami Yang Melakukan Hubungan Seksual Secara Paksaan

Keputusan:

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-71 yang bersidang pada 22 - 24 Nov 2005 telah membincangkan Hukum Suami Yang Melakukan Hubungan Seksual Secara Paksaan. Muzakarah telah memutuskan bahawa di dalam Islam hubungan di antara lelaki dan wanita adalah dihalalkan setelah melalui akad Ijab dan Qabul yang sah.

Oleh itu Muzakarah bersetuju memutuskan bahawa tiada istilah rogol atau melanggar hak asasi manusia dalam sebuah perkahwinan yang sah dan keganasan rumahtangga yang berlaku adalah lebih bersifat dharar yang boleh diambil tindakan melalui peruntukan undang-undang sedia ada.

Keputusan (English):

The Ruling on Husband Who Had Sex by Force Decision:

The 71st Muzakarah (conference) of the Fatwa Committee National Council of Islamic Religious Affairs Malaysia held on 22nd-24th November 2005 has decided the ruling on husband who had sex by force. The Committee has decided that in Islam, the sexual relationship between man and wife is lawful after the valid utterance of Ijab and qabul.

Hence, the committee has decided that there is no such rape term or violating human’s right in a valid marriage. However, abuse in marriage that is harmful can be settled using current enactments and regulations.