Sejarah Penubuhan Piswi

banner art01

Latar Belakang

Penubuhan Panel Isu-isu semasa Wanita Islam (PISWI) seperti yang telah dimaklumkan dalam Mesyuarat Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia (MKI) Kali Ke-51pada 25 Mei 2010 dan mendapat perkenan dalam Mesyuarat Majlis Raja-Raja Kali Ke-221 pada 24 Jun 2010 telah pun berfungsi seperti yang digariskan dalam objektif penubuhannya.

 

Visi PISWI

"Memartabatkan Wanita Islam"

 

Objektif Penubuhan

  • Menjana pemikiran dan merancang strategi untuk meningkatkan kesedaran hak-hak dan tanggungjawab wanita dalam kerangka Islam;
  • Mengenal pasti dan memperbetulkan salah faham serta kekeliruan yang berlaku daripada semua aspek mengenai wanita dan mengharmonikan hubungan gender dari perspektif Islam; dan
  • Menasihati pembuat dasar dan pihak-pihak yang terlibat dengan isu-isu semasa berkaitan dengan wanita dan Islam.
 

Fungsi Dan Tugas PISWI

  • Menerajui ummah terhadap isu-isu wanita dalam masyarakat ke arah penambahbaikan kedudukan wanita;
  • Mewujudkan mekanisme pelaksanaan yang efektif untuk mencapai objektif penubuhan PISWI yang telah ditetapkan;
  • Mengenal pasti isu-isu semasa yang dilontarkan oleh mana-mana pihak melalui semua saluran media massa;
  • Menjadi rujukan dan memberi khidmat nasihat kepada pihak-pihak terbabit berhubung isu-isu wanita yang ditimbulkan supaya selaras dengan tuntutan syarak;
  • Menyampaikan maklumat yang betul kepada masyarakat melalui media massa dan program-program yang dianjurkan;
  • Menyediakan penulisan ilmiah bagi menangkis salah faham yang ditimbulkan dan menerbitkannya melalui saluran media cetak untuk sebaran am;
  • Menjalin kerjasama yang baik kepada pihak terbabit dalam isu-isu yang boleh memberikan manfaat kepada masyarakat sama ada di peringkat negara, serantau dan antarabangsa;
  • Menangkis salah faham dan tohmahan secara efektif yang timbul di kalangan pihak terbabit agar masyarakat awam tidak mudah terpengaruh dengan anasir-anasir salah yang diwar-warkan; dan
  • Memantau kegiatan dan aktiviti yang dijalankan oleh pihak terbabit dan seterusnya mencadangkan tindakan yang sesuai bagi menangani salah faham yang ditimbulkan dalam masyarakat.